Latar belakang Akademi_al-Quran

Program AQ dimulakan dengan sesi uji bakat di seluruh negara bagi mencari qari dan qariah terbaik untuk ke peringkat akhir yang dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Pertama (Pahang, Terengganu dan Kelantan); Zon Kedua (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) Zon Ketiga (Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) dan Zon Keempat (Melaka, Johor dan Negeri Sembilan).

Daripada sesi uji bakat itu, seramai 87 peserta terpilih untuk peringkat saringan dan daripada jumlah itu, seramai 12 telah dipilih sebagai finalis program AQ musim pertama.

Siaran sesi uji bakat itu mula menemui penonton TV9 pada 27 April hingga 11 Mei 2006, manakala pertandingan pusingan pertama peringkat akhir berlangsung selama tiga minggu iaitu bermula pada 25 Mei hingga 8 Jun 2006. Episod terakhir program AQ disiarkan pada 27 Julai 2006.